usahawan

                                                         
USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA


1. RAMLY BURGER


Pengasas Ramly Burger


Logo Perniagaan Ramly Buerger

BIODATA PENGASAS RAMLY
Nama: 
Dato’ Haji Ramly Bin Mokni
NamaIsteri: Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap   
Jantina: Lelaki
Mula berniaga: Tahun 1984 
Pencapaian:
Beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik.
Hasil: Mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur


KENAPA MEMILIH RAMLY BURGER??


    Saya dapati pengasas Ramly Burger ini sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik.



PENCAPAIAN YANG DICAPAI


                  Dato' Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.


PENGEDAR


Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar 




FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN.



                             Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan. Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .


PRODUK KELUARAN














--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. PASARAYA MYDIN


Pengasas Mydin
Tuan Mydin Mohamed

Dato’ Haji Ameer Ali

Logo Mydin


Sebagai rakyat Malaysia, siapa tidak tahu pasaraya terkemuka Mydin? Kalau waktu dapat gaji hujung-hujung bulan tu mesti destinasi beli barang keperluan rumah mesti ke Mydin kan. Mydin sememangnya pasaraya sejak kecil lagi kita semua pergi. Cawangan Mydin juga diserata pelusuk negeri di Malaysia. Murah dan berbaloi-baloi. Bukan taknak beli di tempat lain, tetapi di Mydin semuanya ada.

So hari ini saya nak kongsi sikit mengenali pengasas Mydin. Saya salah seorang peminat tegar pasaraya Mydin. Disebabkan saya tinggal di Ipoh, oleh itu saya dapat kelebihan sedikit kerana di Ipoh terdapat 2 cawangan pasaraya Mydin. Harga-harga dipasaraya Mydin memeang sangat berpatutan. Sebab itu saya sangat gemar untuk ke pasaraya Mydin.
Disebabkan saya peminat tegar Pasaraya Mydin saya nak berkongsi sedikit mengenai pengasas Pasaraya Mydin


Mydin adalah pasararaya yang diberi nama sempena nama Tuan Mydin Mohamed, Pengasas dan Pengerusi Mydin Mohamed Holdings Bhd. Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein, kini berusia 83 tahun. Beliau dilahirkan pada tahun 1928 di Pulau Pinang

Legasi Mydin dikembangkan oleh anak beliau iaitu Dato’ Haji Ameer Ali. Dilahirkan pada 4 Jun 1956 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkelulusan Masters in International Business dari Sonoma State University, California dalam tahun 1981, dan hanya menyertai perniagaan keluarga Mydin dalam tahun 1987 setelah beberapa tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim. Sekarang kalau anda lihat Mydin menjadi Pasaraya besar dan makin gah! Itulah kejayaan Dato’ Haji Ameer Ali yang tidak putus-putus mencari peluang membuka cawangan Mydin.

Dengan sokongan kuat dan berterusan daripada ahli keluarga dan kakitangan, beliau membuat Mydin pemborong terbesar dan peruncit di negara ini, yang beroperasi lebih daripada 95 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Rantaian perniagaan MYDIN telah berkembang ke dalam jenis perniagaan dari emporium, pasar raya besar, kedai serbaneka, pasar mini dan bazar, dan perolehan MYDIN kini melebihi RM1.6 bilion setahun.

Beliau menyifatkan kejayaan beliau kepada ciri-ciri kepimpinan yang berdisiplin seperti ketepatan masa, disiplin, kejujuran, dan kesederhanaan. "Jika anda tiba tepat pada masanya anda lewat!" Moto ini telah memeluk oleh pekerja-pekerja dan ahli keluarga.
Dato 'Haji Ameer Ali telah menumpukan tenaga dan kepakaran untuk ekonomi Malaysia kesejahteraan. Beliau membuat sumbangan besar kepada pembangunan industri runcit Malaysia bukan sahaja dengan aktif menyokong dan mempromosikan produk tempatan dan IKS / PKS tetapi juga menjalankan perniagaan cara yang sihat dengan mengamalkan produk dan perkhidmatan Halal.

MYDIN juga turut meluaskan jenama syarikatnya menerusi:

3 pasaraya besar (USJ & Kuala Terengganu).
19 emporium.
2 bazar (Melaka dan Putrajaya).
14 pasar mini (MyMYDIN).
4 kedai serbaneka (MyMart).
5 kedai francais Mydin Mart.



















--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


3. KRU

Beralih kepada usahawan yang ketiga, nama trio tiga adik beradik ini sudah memang tersangat dikenali diseantero Asia. KRU. Tiga aksara yang melambangkan kesungguhan, muzik, inovasi dan teknologi tiga artis Melayu yang boleh dibanggakan. Kumpulan yang sudah lebih sedekad membabitkan diri dalam perniagaan berkisarkan muzik ini bijak menggunakan segala peluang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri seni.
Kejayaan mengukir nama dalam dunia seni suara turut memberi kesan kepada penghasilan filem termasuk aspek pentadbiran dan penerbitan. Malah sejak akhir-akhir ini Kru sibuk mengukuhkan kedudukan mereka untuk menjadi satu jenama di medan antarabangsa. Semua syarikat milik mereka disatukan di bawah satu entiti di beri nama KRU STUDIOS, malah sudah mempunyai cawangan di luar negara.
Perkembangan positif dalam dunia perniagaan bukan saja membanggakan tiga beradik itu malah kalangan yang mengikuti kemajuan kerjaya seni mereka. Perkara itu turut dikongsi semua pihak. Dek kesibukan dan urusan perniagaan yang semakin berkembang, syarikat yang berpusat di Setiawangsa ini sudahpun mengalihkan operasinya ke Cyberjaya tidak lama lagi.
KRU bermula dari bawah, mereka mendaki setiap anak tangga untuk menuju ke puncak dan yang paling penting, mereka tidak menunggu peluang, mereka menciptanya! Pada peringkat awal perniagaan pada 1992, mereka hanya menyewa bilik kecil. Kakitangannya, adalah Norman Abdul Halim, vokalis KRU dan ibu. Apabila perniagaan mereka sudah berkembang, mereka berpindah ke Setiawangsa seterusnya membeli blok perniagaan itu pada 1996 dan 1997. Disebabkan pejabat di Setiawangsa yang agak padat dengan jumlah pekerja yang semakin ramai dan pelbagai perancangan yang sedang giat diatur, pihak pengurusan KRU iaitu mereka sendiri bertekad untuk berpindah ke sebuah lokasi yang lebih selesa. BERKELUASAN 15.39 ekar di atas sebidang tanah di Cyberjaya, KRU Studios dilengkapi pelbagai kemudahan canggih untuk tujuan penerbitan, ia dilihat sebagai simbol kejayaan kepada KRU yang ditunjangi tiga beradik popular, Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim serta Edry Abdul Halim.
Bangunan tersebut dilengkapi dengan studio penerbitan audio, studio suntingan, studio pengimejan digital dan studio animasi visual kesan khas. Selain itu, ia juga menyediakan dua pentas persembahan yang masing-masingnya berkeluasan 2,500 dan 10,000 kaki persegi untuk tujuan persembahan konsert dan rakaman program-program televisyen. Selain itu, ia juga menyediakan bilik-bilik serbaguna seperti bilik pakaian, bilik solekan serta bilik untuk artis.
Tak cukup dengan itu, KRU Studios turut tidak lupa untuk menyediakan ruang untuk set penggambaran luar terutama untuk perfileman, ruang pejabat untuk disewa oleh syarikat produksi yang bukan sahaja daripada bidang filem malah pengiklanan. Dan yang paling utama, KRU Studios mampu berbangga apabila studionya di Cyberjaya turut menawarkan sistem penataan kesan khas dan imej janaan komputer (CGI) yang kini banyak digunakan dalam industri penerbitan.
Bidang muzik telah mereka kuasai. Feminin, Elite, Adam AF2, Dafi, Innuendo, Ezzlyn-semua adalah artis rakaman KRU yang rata-ratanya Berjaya di arena muzik tanah air. Kini, KRU lebih menumpukan kepada bidang filem, sesuatu yang mereka memang ingin terokai dari umur remaja lagi. Dengan adanya KRU Studios ini, KRU merancang untuk menghasilkan 12 buah filem dalam setahun dan menggiatkan penghasilan penerbitan-penerbitan lain. Meskipun Thailand dan beberapa negara rantau Asia memiliki teknologi HD, KRU Studios menawarkan perkhidmatan yang jauh lebih murah di samping lokasinya strategik.
KRU sememangnya artis yang tidak pernah kenal erti BEREHAT. Buktinya, mereka telah pun menghasilkan sebuah dokumentari berorientasikan budaya tempatan untuk pasaran luar. Dokumentari itu berkisar tentang keris, wau, batik dan kehidupan masyarakat Bajau Laut serta penduduk Portugis di Melaka. Yang membanggakan ialah dokumentari itu telah berjaya dipasarkan di 22 buah negara dan ada dokumentari terbabit berjaya memenangi anugerah dalam satu majlis penganugerahan di Bali, Indonesia tahun lalu.
Kejayaan Norman bersama dua adiknya, Yusry dan Edry adalah berdasarkan usaha mereka membina perniagaan sejak 1992 dari modal sebanyak RM2,000 sahaja. Tetapi kini, mereka sudah ada aset bernilai jutaan ringgit termasuk bangunan sendiri yang berharga RM4.8 juta. Norman, 36 tahun, ialah Presiden dan Ketua Eksekutif kepada syarikat KRU Capital Sdn Bhd yang mempunyai 6 anak syarikat iaitu KRU Music Group, KRU Publishing, KRU Communications, KRU Films, KRU Media dan KRU Matrix. KRU Capital juga telah mengembangkan sayapnya ke Amerika Syarikat dan Singapura dengan penubuhan KRU America Inc. dan KRU Singapura Pte Ltd.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


4. Dato' Dr. Jannie Tay 






Nama: Dato' Dr. Jannie Tay
Syarikat: The Hour Glass Limited

Dato’ Dr. Jannie Tay adalah Timbalan Pengerusi, The Hour Glass Limited. Syarikat ini memiliki rangkaian butik yang memasarkan pelbagai jam tangan berjenama terkenal buatan Swiss. The Hour Glass diasaskan oleh Dr. Jannie dan suaminya bersama Metro Holdings di Singapura pada tahun 1979. Butik The Hour Glass kini terdapt di Malaysia, Hong Kong , Taipei, Australia, Indonesia, Thailand dan Jepun. Dr. Jannie Tay dilahirkan di Ipoh dengan nama asalnya, Chan Siew Lee. 

Beliau adalah anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Dibesarkan di sebuah kedai ubat milik datuknya, beliau mendapat pendedahan awal dalam perniagaan ketika mengikut bapanya menguruskan perniagaan ubat keluarga mereka. Ketika berusia 17 tahun, Dr. Jannie dihantar belajar ke Moreland High School di Melbourne. Setahun kemudian bapanya meninggal dunia. Beliau kemudian membawa ahli keluarganya berpindah ke Australia dan meneruskan pengajian di sana. 

Pada tahun 1968 Dr. Jannie memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang fisiologi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam bidang farmakologi iaitu kajian tentang tindak balas ubat. Pada tahun 1969 Dr. Jannie bertemu jodoh dengan suaminya yang ketika itu sedang mengambbil PhD di Australia. Apabila mereka kembali ke Singapura pada tahun 1971, Dr. Jannie bertugas sebagai pensyarah di Universiti Singapura. Kerjaya beliau berubah pada tahun 1973, apabila suaminya melanjutkan peljaran semula dalm bidang perubatan. Dr. Jannie beralih tugas menjadi jurujual di Lee Chay & Company, sebuah syarikat jam tangan milik keluarga suaminya. 

Beberapa tahun kemudian dia menguruskan cawangan syarikat itu di Colombo Court. Dr. Jannie menyimpan impian bagi memiliki butik jam tangannya sendiri. Impian itu tercapai pada tahun 1979 apabila beliau dan suaminya membuka The hour Glass, kedai mereka yang pertama di Lucky Plaza. Perniagaan itu Berjaya dan berkembang daripda satu kedai menjadi Sembilan buah kedai. Rangkaian butik yang mula bertapak di Singapura itu kemudian dibuka di beberapa negara lain. Pada tahun 1987, Dr. Jannie menceburi perniagaan baru dalam bidang hartanah di Golden Coast, Australia. Selama beberapa tahun, beliau membangunkan Oyster Cove iaitu projek pembangunan hotel, pusat peranginan, perumahan dan pusat perniagaan. 

Pada tahun 2004, minat Dr. Jannie beralih kepada bidang makanan kesihatan dan beliau mula mengkaji cendawan lingzhi bersama pakar-pakar dari Negara Chin. Dengan latar belakang akademiknya dalam bidang farmakologi, Dr. Jannie dengan penuh yain menceburi perniagaan baru itu dan membuka sebuah syarikat nutraseutikal, Scientific Tradition Pte. Ltd. Sehingga kiniDr. Jannie masih aktif dalam pelbagai perniagaan lain seperti restoran, koleksi seni dan antic. Selain suaminya, Dr. Henry Tay selaku pengerusi eksekutif, anak mereka, Michea Tay, turut menguruskan The Hour Glass . Dr. Jannie yang berjaya mencapai impiannya satu demi satu berpegang kuat kepada sikap positif dan yakin kepada diri sendiri. 

Bagi memajukan dirinya, beliau tidak pernah berhenti belajar perkara-perkara baru di samping mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan lalu yang pernah dilakukan. Sepanjang membina perniagaannya Dr. Jannie pernah melalui saat-saat getir dan ujian berat. Antaranya ketika baru menubuhkan The Hour Glass, anak beliau, Michelle yang pada masa itu beusia lapan tahun meninggal dunia. Tidak lama kemudian anaknya, Sabrina dilahirkan dengan pelbagai masalah kesihatan, antaranya rubella, mempunyai rekahan di langit-langit di dalam mulut dan jantung berlubang. Kekuatan minda dan sikap optimis Dr. Jannie menjadi pendorong dirinya supaya meneruskan kehidupan beliau dengan tabah. Kisah kehidupan Dr. Jannie ditulis Wong Wan Ling. Buku bertajuk Time To Live : Jannie Tay’s Journey itu deterbitkan pada tahun 2002. Kini ada usia 60-an, beliau banyak melakukan kerja-kerja amal. Dr. Jannie yang tinggal bersebelahan rumah dengan anak-anak gemar menghbiskan masa bersama cucu-cucunya.




No comments:

Post a Comment